mutakhir

Semak daftar pemilih dalam 14 hari

Oleh BERNAMA

Ipoh: Rakyat Perak yang sudah mendaftar sebagai pemilih baharu dan bertukar alamat tempat mengundi, boleh menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun ketiga tahun 2020, yang akan dipamerkan selama 14 hari bermula Rabu depan.

Pejabat Pilihan Raya negeri Perak memaklumkan, semakan boleh dibuat di 138 tempat pameran terdiri daripada Pejabat Pilihan Raya negeri Perak, pejabat daerah, pejabat Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat penghulu dan pejabat pos terpilih di seluruh negeri.

"Mereka yang sudah mendaftar antara Julai sehingga September lalu perlu menyemak nama di tempat yang dinyatakan sehingga 10 November ini," demikian menurut kenyataan Pejabat Pilihan Raya negeri Perak di sini, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebarang tuntutan atau bantahan boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Pilihan Raya negeri Perak di Bangunan Persekutuan di sini dalam tempoh 14 hari itu.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 3:03pm
d