mutakhir

Warga emas melecur disambar api

Oleh Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Wanita warga emas melecur di bahagian muka akibat disambar api ketika sedang memasak di sebuah rumah dekat Taman Sutera, Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mangsa, Zaitun Ibrahim, 61 dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, oleh orang awam yang membantunya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.58 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian sebelum mendapati kebakaran sudah dipadamkan orang awam.

"Pemeriksaan didapati kebakaran membabitkan dapur masakan dan seorang mangsa melecur di bahagian muka akibat disambar api.

"Mangsa dibawa oleh orang awam ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, anggota bomba membuat pemeriksaan ke atas rumah berkenaan bagi memastikan api sudah dipadamkan sepenuhnya sebelum menamatkan operasi pada 6.27 petang.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 8:09pm
d