mutakhir

5 PATI lolos depot imigresen

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian dekat sini, dipercayai meloloskan diri daripada tahanan berkenaan pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, semua tahanan yang melarikan diri berkenaan membabitkan kes kesalahan imigresen itu dalam proses diusir pulang ke negara asal mereka.

Usaha mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir, masih belum berhasil setakat ini.

Namun, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan mengenainya.

"Laporan polis membabitkan insiden berkenaan diterima pada 17 Oktober lalu yang dibuat di Balai Polis Simpang Renggam," katanya.

Disiarkan pada: October 24, 2020 @ 8:15pm
d