mutakhir

Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara, harai ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada 2.30 petang.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba pada 2.15 petang dengan kenderaan rasmi dari Istana Selangor itu dilihat memasuki pintu utama Istana Negara dengan diiringi kenderaan pengiring polis.

Turut tiba, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Diikuti Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang tiba pada jam 2.28 petang dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Setakat 2.30 petang ini, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak kelihatan tiba di Istana Negara bagi mengikuti mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar antara yang terawal tiba di Istana Negara.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu berhubung perkembangan terkini penularan Covid-19.

Menurut kenyataan itu, rundingan di Istana Negara bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 3:19pm
    d