mutakhir

50 kru kapal aset LNG Terapung kuarantin [METROTV]

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Kira-kira 50 kru kapal aset Gas Asli Cecair (LNG) Terapung menjalani kuarantin di sebuah stesyen kuarantin di sini.

Mereka yang dikelaskan sebagai pesakit dalam pemantauan (PUS) dan pesakit bawah siasatan (PUI) tiba di jeti Sabah Port pada 11.35 pagi, menaiki bot laju serta lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE).

Mereka kemudian dibawa menaiki bas untuk ke stesyen kuarantin atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kesemua kru itu tergolong dalam Kluster Sauh selepas 15 kru dari dua aset LNG Terapung disahkan positif Covid-19.

Pesakit diterbangkan dengan helikopter untuk rawatan di hospital pada 20 Oktober lalu.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Kluster Sauh dikesan di Sabah dan Miri, Sarawak, manakala, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 31 kes daripada kluster itu direkodkan pada hari sama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 4:03pm
    d