mutakhir

Harga pelitup muka turun bermula 1 November [METROTV]

Oleh SamadiAhmad

Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penurunan harga pelitup muka bermula 1 November ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga maksimum pelitup muka tiga lapis (pembedahan/perubatan) akan diturunkan daripada RM0.95 kepada RM0.65 seunit

di peringkat borong dan harga maksimum runcit diturunkan daripada RM1.00 kepada

RM0.70 seunit.

Menurut beliau, penurunan harga itu mengambil kira keperluan rakyat untuk terus mengamalkan norma baharu dalam penggunaan

pelitup muka secara berterusan bagi membendung wabak Covid-19.

Katanya, pada masa sama, KPDNHEP juga membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan juga pengimport.

"KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan bekalan pelitup muka mencukupi dan pematuhan harga maksimum ditetapkan di kalangan pekedai termasuk atas talian," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, harga maksimum yang diwartakan sejak 15 Ogos 2020 bagi pelitup muka jenis ( 3 ply (pembedahan/perubatan) pada harga borong RM0.95 seunit dan harga runcit RM1.00 seunit.

Alexander berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati pematuhan amat memuaskan di mana hampir semua peniaga menjual pada paras harga maksimum RM1 seunit atau lebih rendah dari itu.

Katanya, kementerian juga sudah membuat pemantauan terhadap status pengeluaran dan pengedaran pelitup muka di 12 kilang memproses pelitup muka tempatan.

"Sebanyak 141 juta unit pelitup muka telah dikeluarkan oleh semua pengilang terbabit bagi diedarkan untuk jualan dalam pasaran tempatan sepanjang April sehingga September 2020.

"KPDNHEP juga telah menjalankan menjalankan sebanyak 67,217 pemeriksaan

dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari sehingga 25 Oktober 2020.

"Hasil pemeriksaan KPDNHEP merekodkan sebanyak 73 kes kesalahan membabitkan nilai

rampasan sebanyak RM 543,737.40 dan jumlah kompaun sebanyak RM518,400.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Bagi individu yang melakukan kesalahan menjual

barangan harga terkawal

melebihi harga maksimum bagi boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga

RM250,000.

"Individu yang gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal pula boleh didenda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga

RM50,000" katanya.

Jadual harga maksimum pelitup muka bagi pembedahan/perubatan satu lapisan (gelung telinga) secara borong adalah RM 0.05 dan 0.07 seunit secara runcit.

Manakala, pelitup muka (pembedahan/perubatan) dua

lapisan (gelung telinga) dijual 0.16 secara borong dan 0.20 seunit secara runcit.

Pelitup muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan

(gelung telinga/gelung kepala/ikatan pada kepala dijual 0.65 seunit secara borong dan 0.70 secara runcit, manakala

pelitup muka (pembedahan/perubatan) N955.00 seunit secara borong danRM 6.00 secara runcit.

Disiarkan pada: October 27, 2020 @ 2:52pm
d