mutakhir

Mula sanitasi pasar ikan, Pasar Besar Kota Kinabalu

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Pasar ikan serta Pasar Besar Kota Kinabalu ditutup selama tiga hari bagi memberi laluan kepada kerja sanitasi yang bermula hari ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, pelaksanaan aktiviti nyah cemar itu antara usaha berterusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menangani penularan wabak Covid-19 di bandar raya ini.

"Tindakan ini penting kerana semua lokasi ini sentiasa menjadi tempat tumpuan orang awam setiap hari.

"Proses sanitasi ini selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Kira-kira 40 anggota daripada empat agensi seperti DBKK, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dalam proses nyah cemar itu,"katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Nordin menyatakan sekiranya semua kerja sanitasi selesai dalam tempoh tiga hari, pasar-pasar terbabit akan dibenarkan beroperasi semula.

"Kerja sanitasi awam sudah dilakukan sebelum ini dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan cadangan dari KKM," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 3:56pm
    d