mutakhir

Razali KPD Serdang baharu [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Serdang: Penolong Pengarah Kepolisan Am Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Asisten Komisioner Razali Abu Samah dilantik menjadi Ketua Polis Daerah (KPD) Serdang berkuat kuasa, hari ini.

Jawatan disandang beliau pula akan digalas oleh bekas Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, sepanjang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah, Ismadi menjalankan tugas dengan komited dan berwibawa.

"Indeks jenayah di daerah ini turut mencatat penurunan 24.1 peratus dari Januari hingga September lalu.

"Antara kejayaan Ismadi ialah menumpaskan sindiket pecah rumah, curi kabel dan curi motosikal," katanya.

Sementara itu, Razali berkata, beliau bersedia menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah walaupun pertama kali menjawat jawatan berkenaan.

"Ini adalah kali pertama saya diberi amanat sebagai Ketua Polis Daerah iaitu Serdang. Saya sedar tugas baharu yang menanti ini amat mencabar, namun saya bersedia.

"Saya akan berusaha menjalankan tugas dengan berdedikasi. Saya berharap semua warga IPD Serdang dapat memberi kerjasama kepada saya untuk membantu mentadbir dengan baik," katanya.

Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 3:57pm
d