mutakhir

Covid-19: Tiga sekolah di Dungun ditutup

Oleh BERNAMA

Kuala Terengganu: Tiga sekolah di Dungun diarahkan tutup bermula hari ini, ekoran terdapat murid dan pelajarnya yang disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

"SK Kerteh 1 dan SMK Ketengah Jaya masing-masing diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini, manakala SMK Teja Putra pula diarahkan ditutup selama 14 hari.

"Ketiga-tiga sekolah ini diarahkan ditutup untuk disanitasi selepas terdapat pelajar yang positif Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terengganu mencatatkan sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 7:07pm
    d