mutakhir

Gangguan bekalan air di Sungai Petani, Sabtu dan Ahad ini

Oleh Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Beberapa kawasan di sini dijangka mengalami gangguan bekalan pada Sabtu dan Ahad ini, berikutan terdapat kerja penukaran meter di Loji Rawatan Air (LRA) bandar itu.

Ia akan membabitkan kira-kira 14,500 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, pengguna terjejas ialah Taman Desa Menanti, Taman Permai, Taman Industri Kemuning, Taman Bersatu, Taman Berjaya, Kampung Batu, Central Square, Taman Pekan Baru dan Taman Delima.

Selain itu , Taman Arked, Taman Sinar Intan, Taman Nilam Sari, Taman Kristal, Jalan Pekan Lama, Jalan Sekerat, Taman Semarak dan kawasan sekitarnya.

"Pengguna di kawasan terbabit dinasihat membuat persediaan awal dan menyimpan air serta menggunakannya secara berhemah.

"Projek berkenaan membabitkan kerja penukaran meter di Loji Rawatan Air Sungai Petani serta kerja berkaitan yang dijangka bermula pada hari Sabtu dari jam 10 malam hingga 10 pagi Ahad," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 10:19am
d