mutakhir

Harga RON95, RON97, diesel kekal

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal bagi tempoh 31 Oktober hingga 6 November ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit petrol RON97 kekal kepada RM1.94 seliter dan RON95 kekal kepada RM1.64 seliter.

"Bagi harga runcit diesel juga kekal RM1.74 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Penentuan harga minyak di negara ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 5:30pm
d