mutakhir

Apa nak jadi? Perkosa anak saudara sendiri

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Seorang nenek terkejut dan tidak menyangka cucu perempuannya yang baru berusia lima tahun menjadi mangsa perkosa bapa saudara di kawasan air terjun di sini, pada 23 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian berlaku selepas suspek berusia 22 tahun dan tidak bekerja membawa mangsa mandi manda di air terjun berkenaan pada jam 2 petang.

Katanya, suspek bersama mangsa kemudian pulang ke rumah neneknya itu pada jam 4 petang.

"Mangsa kemudian memberitahu neneknya bahawa dia diperkosa ketika berada di dalam tandas di air terjun berkenaan." katanya semalam.

Mohd Hafiz berkata, suspek turut membawa dua adik lelakinya berusia enam dan empat tahun untuk mandi di air terjun berkenaan pada hari kejadian.

"Susulan itu polis menangkap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, "katanya.

Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 6:11pm
d