mutakhir

UM siasat UMANY

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur : Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung hantaran di Facebook (Fb) bertajuk 'Yang Dipertuan Agong Tidak Sepatutnya Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Negara' dimuat naik oleh badan pelajar berdaftar UM iaitu Persatuan Pemuda Baharu UM (UMANY).

Menerusi satu kenyataan media dikeluarkan oleh Pejabat Komunasi Koporat hari ini ,UM menyatakan pihaknya memandang serius isu berkenaan.

"UM menjunjung dan menghormati institusi beraja. Oleh yang demikian ,pengurusan tertinggi universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut.

"Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dijalankan dengan segera dan pengumuman berkaitan isu berkenaan akan dimuat dari semasa ke semasa," katanya.

Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 1:33pm
d