mutakhir

Kampung Budaya Terengganu dibuka semula hari ini [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Terengganu: Kampung Budaya Terengganu dibuka semula kepada pengunjung bermula hari ini selepas ditutup hampir sebulan bagi mencegah penularan Covid-19.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam satu kenyataan berkata, lokasi pelancongan itu kini menawarkan harga tiket promosi sehingga 31 Disember iaitu dewasa (berumur 13 tahun ke atas) pada harga RM10 manakala RM5 bagi kategori kanak-kanak (lapan hingga 12 tahun), warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Kampung Budaya Terengganu yang menempatkan tujuh rumah tradisional ditutup sejak 5 Oktober lalu.

"Kampung Budaya Terengganu yang dibuka pada 3 September lalu akan beroperasi semula bermula 9 pagi sehingga 5 petang bermula Sabtu hingga Khamis," demikian menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh ke Kompleks Muzium Negeri dan diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 5:38pm
    d