mutakhir

33 kluster masih aktif

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 33 kluster Covid-19 masih aktif dan mencatatkan kes baharu hari ini, dengan 17 daripadanya dikesan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Hentian yang mula dikesan di hentian bas di Kajang mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 90 kes, menjadikan keseluruhan 216 kes bagi kluster itu.

Menurutnya, sembilan kluster lain yang turut mencatat dua angka kes baharu adalah Kluster Bah Manggis di Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan (33 kes); Kluster Basung di Sabah (23); Kluster Makekar di Terengganu dan Selangor (15); Kluster Penjara Seberang Perai di Pulau Pinang (14); Kluster Mesra di Sabah (13) serta Kluster Saguking di Labuan (12).

Selain itu, beliau berkata, Kluster Kaya membabitkan lima negeri iaitu Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Selangor mencatatkan 11 kes serta dua kluster di Sabah iaitu Kluster Kapor (11) manakala Kluster Titir (10).

"Kluster Bayan yang dikesan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak pula mencatatkan lapan kes baharu hari ini.

"Kluster Ramai-Ramai di Sabah, Kluster Utama di Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur serta Kluster Taman Laut di Selangor masing-masing mencatatkan tujuh kes baharu.

"Sementara, Kluster Penjara Kepayan di Sabah dan Kluster Keladi di Selangor masing-masing mencatatkan enam kes, manakala Kluster Greenhill di Sarawak dan Kluster Samudera di Sabah pula masing-masing mencatatkan lima kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, empat kluster di Sabah iaitu Kluster Inai dan Kluster Jalan Bomba mencatatkan empat kes baharu, manakala Kluster Benteng LD dan Kluster Rumah Merah tiga kes baharu.

Beliau berkata, Kluster Kertang dan Kluster Kolong di Sabah serta Kluster Taman Bunga di Negeri Sembilan mencatatkan dua kes baharu, selain lapan kluster lagi masing-masing merekodkan satu kes baharu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 7:04pm
    d