mutakhir

Nasib baik...

Oleh Adnan Ibrahim

Kluang: Seorang lelaki dan dua orang wanita berusia lingkungan 30-an berhadapan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Pulasan berhampiran Pasar Awam Kluang, petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulbaharine Talib berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.07 petang sebelum jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba dilokasi pihaknya mendapati sebatang pokok ketinggian 30 meter tumbang dan menghempap kereta jenis Honda City.

"Terdapat tiga mangsa dalam kereta berkenaan namun terlebih dahulu dikeluarkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan. Mereka semua selamat.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang kemudian memotong pokok dengan menggunakan peralatan khas.

"Kita ambil masa kira-kira 30 minit untuk memotong serta mengalihkan pokok yang menghempap kenderaan itu," katanya.

Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 9:12pm
d