mutakhir

Dewan Rakyat bertafakur [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati pemergian Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia, 2 Oktober lalu.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia adalah satu kehilangan besar kepada negara kerana mendiang banyak berjasa terutama ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

"Saya bagi pihak ahli-ahli Yang Berhormat dan parlimen Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Datin Dr Lindai Lee dan seluruh ahli keluarga beliau.

"Sesungguhnya bakti dan jasa mendiang akan sentiasa dikenang dalam memainkan peranan penting untuk pembaharuan undang-undang hak asasi manusia di negara ini yang cukup berdedikasi sepanjang tempoh perkhidmtan mendiang sebagai ahli parlimen dan Menteri di Jabatan Menteri," katanya.

Liew meninggal dunia pada 11.50 pagi Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, dipercayai akibat jangkitan pada paru-paru.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 12:12pm
d