mutakhir

Baru 3 jam bersidang dah kecoh...

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Baru tiga jam bersidang, beberapa Ahli Parlimen sudah mula melakukan provokasi termasuk kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Ia bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul untuk memendekkan waktu persidangan hari ini.

Hanipa Maidin (PH-Sepang) mencelah meminta Azhar tidak menjawab bagi pihak menteri ketika disoal di dalam dewan.

Hanipa: Tuan Speaker jangan jawab soalan bagi pihak menteri boleh tak?

Azhar: Siapa jawab?

Hanipa: Tadi yang berhormat ditanya itu, yang berhormat jawab.

Azhar: Saya bagi penerangan.

Hanipa: Come on la Speaker, we are tired la.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik): Duduklah Sepang.

Ahli Parlimen Padang Serai M Karupaiya turut mencelah ketika sehingga ditegur Azhar.

M Karupaiya: Kalau susah kita tukar kerajaanlah senang.

Azhar: Apa cakap macam tu, apa kena mengena dengan…kita ada usul 12(1) yang sepatutnya saya kemukakan masalah tanpa perbahasan.

Kemudian perbahasan diteruskan dengan beberapa Ahli Yang Berhormat memberikan pandangan mereka mengenai usul yang dibawa.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 1:16pm
d