mutakhir

Sidang Parlimen ditangguh

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sidang Dewan Rakyat ditangguh jam 1 tengah hari ini seperti mana usul yang diluluskan sebentar tadi.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berbincang Setiausaha Dewan Rakyat mengenai sesi persidangan parlimen kali ini selepas terdapat kes positif Covid-19 membabitkan ahli Dewan Negara.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer meminta penjelasan terperinci mengenai perkara itu kerana ia membabitkan ahli parlimen yang bersidang hari ini.

Sebelum itu, ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan menyemak semula Akta Koperasi 1993 yang dibentangkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ia termasuklah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) dan Datuk Jalaluddin Alias (PN- Jelebu).

Akta berkenaan antara lain ia bagi memperkasakan gerakan koperasi di bagi membantu rakyat dalam sektor ekonomi negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 1:43pm
    d