mutakhir

Pekerja 7-Eleven positif Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven di M City Ampang di sini, disahkan positif Covid-19, hari ini.

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven Malaysia) menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata, pekerja terbabit kali terakhir bertugas pada 30 Oktober lalu.

Menurutnya, pekerja itu kini menerima rawatan di hospital.

"Semua individu yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah sehingga kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa.

"Adalah dimaklumkan kes ini terkawal dan proses pembasmian kuman serta pembersihan menyeluruh sudah dilakukan sebagai langkah pencegahan," katanya.

Katanya, kedai serbaneka itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menyeru semua pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta pekerja adalah keutamaan kami," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 10:31pm
    d