mutakhir

Buruh binaan maut tertusuk besi

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan warga asing maut akibat tertusuk besi di perut dalam kejadian di tapak pembinaan Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Insiden dilaporkan berlaku pada 11.56 pagi.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak serta Pudu dengan kekuatan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Mohd Farid Hussin berkata, lelaki warga asing berusia 30-an itu dikatakan terjatuh dari ketinggian 30 meter.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut akibat tertusuk besi cerucuk bangunan.

"Anggota bomba bertindak mengangkat dan membawa mangsa keluar serta diserahkan kepada pegawai perubatan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan pada 12.33 tengah hari.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 11:30pm
d