mutakhir

[UPDATE] Identiti mangsa kemalangan dikenal pasti [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Kampar: Identiti tiga mangsa kemalangan membabitkan treler muatan simen di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, di sini sudah dikenal pasti.

Mangsa maut adalah pemandu, Hafize Nizam Ali Supian, 30, dan dua anak lelakinya, Mohammad Afif Rafiqi Hafizi Nizam, 9, dan Arrian Nuh Hafizi Nizam, 6.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, polis menerima makluman kemalangan daripada orang awam pada 10.35 malam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dari arah Kota Bharu menghala ke arah Malim Nawar dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan," katanya.

Hasron berkata, ketiga-tiga mangsa tersepit dalam treler dan semua mangsa maut di tempat kejadian.

Katanya, pasukan penyelamat mengambil lima jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

"Punca kemalangan treler terbabas sendiri melanggar tiang elektrik dan besi penghadang jalan. Kes diklasifkasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan lanjut diteruskan," katanya.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kampar bermula 5 hingga 7 pagi.

Sementara itu, tinjauan wartawan di forensik, suasana diselubungi piludihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan arwah.

Isteri mangsa yang kelihatan sugul dan enggan ditemubual wartawan.

Berita berkaitan:

  • 2 budak antara 3 maut kemalangan
  • Disiarkan pada: November 3, 2020 @ 11:02am
    d