mutakhir

RO menurun 0.5 tiga minggu lagi [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Amir Abd Hamid dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Nilai Kebolehjangkitan atau R0 (R naught) menurun kepada 0.5 dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, R0 dicatatkan pada 22 September lalu adalah 2.2 dan turun kepada 1.5 seterusnya 1.0.

"Hari ini, kita menjangkakan 1,621 kes, tetapi kita dapat 1,032 kes, semalam kita mencatatkan 1,054 kes dan walaupun 1,054 kes, tetapi R naught kita adalah 1.0.

"Kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digunakan kerana kita cuba mengimbangi antara ekonomi dan kesihatan," katanya pada sidang media harian, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kesan daripada pelaksanaan PKPB boleh dilihat apabila R naught daripada 2.2 diunjurkan kepada 1.5.

"Kita menjangkakan 6,000 kes dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. Tetapi dalam tempoh itu kita boleh melandaikan R naught kepada 0.5.

"Tindakan kesihatan awam akan terus dilakukan. KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan sering ditekankan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 4, 2020 @ 7:21pm
    d