mutakhir

Kes asrama pekerja kilang di Bangi ada kaitan Kluster Hentian [METROTV]

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mahani Ishak

Putrajaya: Kes positif Covid-19 dikesan di asrama pekerja kilang elektronik di Bangi mempunyai kaitan epidemiologi dengan Kluster Hentian yang terletak empat kilometer (km) antara satu sama lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu menyumbang kepada peningkatan Kluster Hentian.

"Kalau dilihat, hari ini ada banyak pertambahan kes bagi kluster ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan mengenai kes berkenaan yang tular di media sosial.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kluster Hentian berada tempat teratas apabila merekodkan kes baharu dengan 67 kes.

Ia menjadikan jumlah kes positif adalah 325 kes dengan 241 pesakit masih dirawat di hospital.

Terdahulu, menerusi perkongsian Bangi Community di Twitter menyatakan 28 individu disahkan positif Covid-19 manakala 146 lagi masih menunggu keputusan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 4, 2020 @ 8:06pm
    d