mutakhir

Covid-19: 2 lagi sekolah diitutup di Perak

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Dua lagi sekolah di Perak diarah tutup hari ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkata, sekolah berkenaan adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas dan Sekolah Menengah (SMK) Jati, Ipoh.

Menurutnya, kedua-dua sekolah itu ditutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 November.

"Penutupan dua sekolah ini dibuat bagi kerja sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya ketika sidang media di majlis penyerahan bendera kepada 48 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringkat Gunung Semanggol di sini, hari ini.

Razman berkata, dua pelajar SABK Maahad Al Yahyawiah dikesan positif Covid-19, manakala seorang pelajar SMK Jati turut dijangkiti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 10:48am
    d