mutakhir

Pejabat Menteri Besar Perak ditutup untuk sanitasi

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Pejabat Menteri Besar ditutup mulai hari ini selepas saringan kesihatan mendapati seorang kakitangannya disahkan positif wabak Covid-19.

Pejabat itu menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan adalah sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut menjalankan saringan kontak rapat kakitangan dan semua pegawai dan kakitangan diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selain memantau kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun tidak berada di pejabat dalam tempoh yang dimaksudkan kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Bagaimanapun atas faktor keselamatan, Datuk Seri Ahmad Faizal sudah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dengan keputusan menunjukkan beliau disahkan negatif," katanya.

Sementara itu, jurucakap pejabat itu berkata penutupan hanya membabitkan Pejabat Menteri Besar manakala jabatan lain di bangunan sama beroperasi seperti biasa selepas proses sanitasi selesai jam 2 petang tadi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 6:46pm
    d