mutakhir

RM500 untuk petugas kesihatan

Oleh Hayati Ibrahim dan Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Kira-kira 100,000 petugas kesihatan akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 bagi menghargai keringat dan pengorbanan petugas barisan hadapan itu.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bantuan tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 sebanyak RM600 ringgit sebulan yang diberikan sejak Mac lalu.

Selain itu, katanya, bagi tahun hadapan, sebanyak RM1 bilion lagi akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

"Kerajaan juga bercadang mengemukakan pindaan Jadual Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) kepada Dewan yang mulia ini untuk menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak 20

bilion ringgit kepada 65 bilion ringgit," katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 4:54pm
    d