mutakhir

Siling Kumpulan Wang Covid-19 naik kepada RM65 bilion [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang meminda Jadual Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) untuk menaikkan siling Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu mengambil kira gelombang terkini wabak itu dan keperluan sehingga 2022.

"Tujuan utamanya adalah untuk membiayai pakej Kita Prihatin (Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin), bantuan tambahan bagi kesejahteraan rakyat, keperluan barisan hadapan dan perolehan vaksin kelak," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) membenarkan had statutori hutang kerajaan dinaikkan sementara sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus.

Di bawah akta itu, katanya Parlimen sebelum ini telah meluluskan siling peruntukan RM45 bilion bagi Kumpulan Wang Covd-19.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 5:22pm
    d