mutakhir

Peneroka bersyukur - Idris

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur : "Terima kasih kerajaan diatas peruntukan sebanyak RM400 juta untuk penghapusan faedah hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Peneroka bersyukur," demikian kenyataan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut memberi kenyataan ringkas itu ketika diminta mengulas mengenai manfaat diperoleh FELDA pembentangan Belanjawan 2021, hari ini.

Kenyataan sama turut dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya sejurus selesai pembentangan Belanjawan 2021.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini, mengumumkan inisiatif kerajaan menghapus faedah hutang kebun peneroka.

Selain itu Tengku Zafrul juga mengumumkan usaha kerajaan untuk menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

Kedua-dua inisiatif itu membabitkan peruntukan sebanyak RM400 juta.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 9:02pm
    d