mutakhir

Suspek bunuh wanita direman [METROTV]

Oleh Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Lelaki warga tempatan direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita di sebuah gudang kosong di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng di sini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul 'Izzati Mohamad bermula hari ini sehingga 14 November ini.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 8.15 pagi.

Sebelum ini, dilaporkan misteri kehilangan wanita berusia lingkungan 40-an yang tidak pulang ke rumah selepas berniaga terjawab dengan penemuan mayatnya dalam semak, semalam.

Mayat wanita itu ditemui penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada 8 pagi sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian bersama pasukan Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan.

Sejak kelmarin tular di media sosial seorang wanita hilang dan tidak pulang ke rumah selepas selesai berniaga pada 8.30 malam.

Berita berkaitan

Misteri kehilangan terjawab...

Disiarkan pada: November 8, 2020 @ 11:55am
d