mutakhir

Bangkai helikopter dibawa ke SAS Subang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Ampang: Bangkai helikopter jenis G2CA yang terhempas di Taman Melawati, di sini, hari ini selepas terbabit dalam nahas udara dihantar ke Systematic Aviation Services (SAS), Subang untuk siasatan.

Ia diangkat menggunakan sebuah kren kira-kira 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

"Helikopter terhempas itu sudah dibawa ke SAS Subang. Polis meneruskan siasatan di bawah laporan mati mengejut (SDR)," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, polis sudah merakam keterangan Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan rakannya, Tan Chai Elan di lokasi kejadian, hari ini.

"Kita sudah rakam keterangan mereka dan proses itu akan disambung jika perlu," katanya.

Katanya, kedua-duanya dihantar ke Hospital Ampang, untuk rawatan lanjut.

Beliau meminta saksi kejadian dan individu yang merakam kejadian tampil ke Balai Polis Taman Melawati atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membantu siasatan.

Katanya, mayat dua mangsa yang terkorban dalam nahas itu akan dibedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, esok.

Berita berkaitan

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter

'(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok'

Ekor helikopter patah sebelum terhempas

Shira terkejut, ingatkan bunyi bom dan tanah runtuh

Nahas helikopter: Mangsa terselamat enggan diganggu

Helikopter jalani latihan penerbangan

Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal

'Saya cam tangan dan jam arwah adik'

[UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti

[UPDATE] Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]

2 maut helikopter terhempas [METROTV]

Disiarkan pada: November 8, 2020 @ 8:17pm
d