mutakhir

Korum sah, marilah kita balas budi frontliners: Speaker [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: "Marilah kita membalas budi, titik peluh menghargai jasa petugas barisan depan.

"Marilah kita menghargai Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bertungkus lumus selama tujuh bulan, hari-hari siang malam tak kira Ahad, Isnin, Selasa, cuti umum untuk mengawal pandemik ini."

Itu rayuan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menegur Yang Berhormat yang mempertikai sidang parlimen dihadkan kepada 80 orang.

Ia bermula apabila Hassan Abdul Karim (PKR-Pasir Gudang) bangun mempertikai sidang dewan yang diadakan dengan kehadiran 80 orang ahli ketika perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 hari ini.

Katanya, peraturan itu perlu ditarik balik kerana larangan wakil rakyat masuk ke dewan adalah bertentangan perlembagaan persekutuan.

"Sekarang adalah sidang membahaskan dan meluluskan belanjawan ini. Ertinya, bukan sidang yang biasa-biasa.

"Tidak boleh belanjawan diluluskan diadakan dengan keadaan Parlimen yang tidak sah," katanya.

Keadaan menyebabkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) bangun dan meminta Speaker serta Ketua Whip parti memberi penjelasan.

Shahidan: Jangan buang masa Yang Berhormat Speaker kena explain (beri penjelasan). Wakil Whip kena maklum, Sungai Petani, Anthony Loke kena terang ini. Wakil daripada Amanah, kita hadir hari tu, kalau diorang tak percaya Whip, kita buang Whip dan ganti dengan ketua parti. Macam mana kit putus, kita pertikai. Ini bukan diputuskan oleh kita, diputuskan Kementerian Kesihatan. Kalau kita nak lawan Kementerian Kesihatan tak apa, kita isytihar kita lawan Kementerian Kesihatan

Speaker: Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak perutuskan secara mutakhir dan muktamad. Saya tak nak lagi revisit benda ni sebab dah banyak sangat kita revisit banyak kali.

Beliau kemudian menjelaskan tidak ada peruntukan di dalam perlembagaan bahawa semua ahli parlimen perlu berada di dalam dewan pada setiap masa.

Speaker: Di manakah terdapatnya di dalam perlembagaan persekutuan bahawa saya pada setiap masa perlu mendengar 222 orang ahli parlimen dalam dewan.

Korumnya 26 orang, peraturan mesyuarat. Itu korumnya, kita ada 80 orang. Dan bukan saya nak kekang daripada berdebat. Semua yang dipilih oleh whip boleh berdebat silakan, pada bila-bila masa saja.

Katanya, pada hari persidangan biasa, jumlah ahli parlimen yang hadir adalah antara 100 hingga 20 orang, bukannya 222 orang.

Speaker: 120 orang yang datang pun, bukannya mereka ada di dalam dewan dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang.

Pada hal, pukul 2.30 petang nak dapat korum pun kadang-kadang tak ada.

Jadi bila kita buat konsensus 80 orang ini, tiba-tiba jadi besar, kenapa?

Perbahasan kemudian diteruskan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Port Dickson) mengambil bahagian dan turut disertai Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR- Kulim Bandr Baharu)

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 9, 2020 @ 12:10pm
    d