mutakhir

KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran akaun 1

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu.

"Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan," menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

"Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan," katanya.

Disiarkan pada: November 9, 2020 @ 10:13pm
d