mutakhir

Banjir kilat di Matang

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Taiping: 48 individu daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) susulan banjir kilat di Batu 7, Kampung Changkat Baru, dekat Matang, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping jam 10.05 malam.

Beliau berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al-Baraqah, di sini.

"Operasi pemindahan mangsa termasuk 16 kanak-kanak tamat jam 11.35 malam.

"Bagaimanapun ketika dipindahkan banjir kelihatan sudah mula surut," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Disiarkan pada: November 10, 2020 @ 8:46am
d