mutakhir

Resort patuhi syarat keselamatan

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Pengurusan The Banjaran Hotsprings Retreat, di sini, mengesahkan sebuah vila terjejas dalam kejadian tanah runtuh, awal pagi hari ini.

Dalam satu kenyataan, resort terbabit melahirkan rasa kesal dengan kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira 1 pagi.

"Kami sedih untuk mengesahkan bahawa mayat kedua-dua tetamu dijumpai berhampiran jakuzi di dalam vila oleh pasukan penyelamat sekitar 10 pagi tadi.

"Pada masa sama, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghubungi keluarga kedua-dua tetamu sambil memberikan sokongan dan bantuan," katanya.

Menurutnya, tiada tetamu dan kakitangan lain yang terjejas dalam insiden berkenaan dan kesemuanya dipindahkan ke kawasan selamat.

"Kami ingin memaklumkan resort ini memenuhi semua syarat keselamatan dan protokol oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan beroperasi mengikut standard antarabangsa.

"Kesihatan dan keselamatan tetamu dan semua kakitangan selalu menjadi keutamaan," katanya.

Katanya, pihaknya tidak dapat memberikan ulasan lebih lanjut kerana siasatan polis sedang dijalankan.

Berita berkaitan

Hujan lebat, struktur lemah dorong tanah runtuh

Dua mangsa terperangkap tanah runtuh ditemui maut [METROTV]

2 terperangkap tanah runtuh di Banjaran Hot Spring

Disiarkan pada: November 10, 2020 @ 2:17pm
d