mutakhir

Covid-19: 4 kluster tamat

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi danMahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Empat kluster Covid-19 diisytiharkan tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu adalah Kluster Rinting, Kluster Semarak, Kluster Jelok dan Kluster Sabindo.

Menurutnya, seramai 302 individu disaring dalam Kluster Rinting yang dikesan di Melaka dan Johor, 10 kes positif, 292 negatif dan tiada kematian dilaporkan.

"Kluster Semarak di Sabah pula seramai 19 individu disaring, 14 positif dan baki negatif. Tiada kematian juga dilaporkan bagi kluster ini.

"Kluster Jelok pula membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur, seramai 31 individu disaring, lima positif dan 26 negatif," katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi Kluster Sabindo yang dikesan di Sabah pula seramai 76 individu disaring, 14 kes positif dan 62 lagi negatif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 10, 2020 @ 6:56pm
    d