mutakhir

ANGKASA syor wujud kembali peruntukan Tabung Modal Pusingan

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Kerajaan diminta mempertimbangkan peruntukan Tabung Modal Pusingan bagi membantu gerakan koperasi berkembang dan berdaya saing.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata, dengan adanya tabung itu ia akan membantu memberikan kemudahan koperasi kecil mendapatkan modal dalam mengembangkan operasi.

"Bagi memperkasakan koperasi di seluruh negara, kita minta kerajaan mempertimbang mewujudkan kembali tabung ini bagi kemudahan koperasi kecil mendapatkan modal dan mengembangkan operasi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerjasama Strategik Angkasa dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAKOA negeri, Johari Alwi.

Abdul Fattah berkata, setakat ini, berdasarkan statistik, sebanyak 14,625 koperasi dengan jumlah 6.1 juta ahli berdaftar melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Angkasa mengharapkan kerajaan dapat membantu koperasi terutama ahli dalam meningkatkan pendapatan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Disiarkan pada: November 10, 2020 @ 8:59pm
    d