mutakhir

2 maut diseret pacuan empat roda

Oleh Erika George

Song: Dua maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Baazar, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut itu ialah Gani Pengiran, 51, dan pembonceng Madeline Jak, 42.

Katanya, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC parah di kepala dan badan akibat diseret pacuan empat roda berkenaan.

"Pemandu pacuan empat roda Mazda yang juga lelaki berusia 49 tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apbila pacuan empat roda yang dari arah pekan Song hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kapit untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: November 14, 2020 @ 12:06am
d