mutakhir

Banjir: 1 PPS dibuka di Kuala Selangor

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman, Ijok, di sini, dilanda banjir, malam tadi.

Setakat 1 pagi tadi, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields dibuka bagi menempatkan 21 penduduk terjejas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, banjir bermula 8.30 malam susulan hujan lebat yang berlarutan.

"Sembilan keluarga dipindahkan membabitkan lima kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, lima lelaki, lima wanita, seorang lelaki warga emas dan tiga wanita warga emas.

"Turut dipindahkan, seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Shaiful Azril, pelbagai agensi memantau situasi banjir di dua kampung itu.

Ia termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, polis, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Disiarkan pada: November 18, 2020 @ 8:58am
d