mutakhir

Mayat atas Jalan Bangsar

Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Polis menutup laluan di Jalan Bangsar susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum itu ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh di lokasi terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: November 19, 2020 @ 10:40am
d