mutakhir

Tiga penduduk Medan 88 serah diri

Oleh Samadi Ahmad

Sepang: Seramai tiga penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) menyerah diri hari ini, selepas 'ghaib' ketika ujian saringan Covid-19 diadakan pada 12 November lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiga individu yang menyerah diri itu membabitkan lelaki warga Indonesia menjadikan jumlah penduduk yang menyerah diri adalah seramai 43 orang.

Beliau berkata, angka itu membabitkan 32 lelaki dan 11 wanita manakala warga Indonesia adalah mojiriti golongan yang tampil menyerah diri.

Menurutnya, warga tempatan yang pulang adalah seramai 14 individu membabitkan 11 lelaki dan tiga wanita.

Katanya, warga Thailand yang menyerah diri adalah seramai tujuh diikutimasing-masing seorang warga India, Mynmar dan Nepal.

"Seramai 448 penduduk sudah menjalani ujian saringan sejak PKPD diadakan sehingga Khamis dan 53 daripadanya disahkan positif Covid-19 termasuk 44 individu yang disaring sebelum PKPD," katanya.

Medan 88 BBST memasuki hari ke-10 PKPD semalam.

Disiarkan pada: November 21, 2020 @ 6:07pm
d