mutakhir

252 mangsa banjir di Perak berada di PPS

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Seramai 252 mangsa daripada 92 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini setakat 5 petang ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, jumlah itu meningkat berbanding 246 mangsa daripada 90 keluarga, pada 10 pagi.

"Bagi Daerah Kerian, mangsa meningkat kepada 148 orang daripada 62 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di Bagan Serai.

"Ia sekali gus menjadikan daerah itu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi banjir, setakat ini," katanya.

Katanya, manakala daerah Larut Matang dan Selama (LMS), jumlah mangsa kekal seramai 89 orang daripada 25 keluarga di dua PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim.

"Bagi daerah Hilir Perak, jumlah mangsa kekal 15 orang daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)," katanya.

Disiarkan pada: November 21, 2020 @ 6:27pm
d