mutakhir

Warga emas ditemukan lemah atas bukit

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Balik Pulau: Lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan lemah di pondok berhampiran dusun durian di Bukit Pak Sarip, Kampung Sepakat di Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Mangsa, Abdul Rahman Din, 69, ditemukan kira-kira 80 meter dari kaki bukit berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.33 pagi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan dan menemui mangsa berada dalam keadaan lemah di atas bukit itu.

"Dia ditemukan pada jarak 80 meter dari kaki bukit di sebuah pondok berhampiran dusun durian," katanya kepada media, di sini.

Menurutnya, warga emas terbabit diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Balik Pulau bagi rawatan lanjut.

Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 11:34am
d