mutakhir

Tetamu kenduri di Kampung Chengal, sila buat saringan Covid-19

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Orang ramai yang menghadiri majlis kenduri di Kampung Chengal, Ketereh pada Ahad lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat, bagi menjalani saringan Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia susulan seorang tetamu yang hadir ke majlis berkenaan positif Covid-19.

"Kita dapati seorang individu yang hadir ke majlis berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas saringan dibuat.

"Individu berkenaan dikesan menerusi saringan bergejala dan kita masih dalam siasatan lanjut sama ada terdapat kaitan dengan mana-mana kluster.

"Sehubungan itu kita meminta tetamu yang hadir pada majlis berkenaan tampil membuat saringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, sebanyak tujuh kes baru dicatatkan di negeri itu dengan kebanyakannya Kluster Mengketil.

Sehingga kini, sebanyak 71 kes aktif di negeri itu dengan dua kluster termasuk Kluster Kube.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 4:49pm
    d