mutakhir

PPS SK Batu 10, SK Kampung Pasir ditutup

Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan 69 mangsa banjir sudah ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, PPS yang ditutup itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 di Skudai dan SK Kampung Pasir.

"PPS yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir Kampung Laut, Batu 10 dan Kampung Pasir itu sudah ditutup dan kesemua mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Penutupan itu dibuat berikutan tiada hujan lebat pada sebelah petang serta tiada kejadian air pasang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PPS SK Batu 10 menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga.

PPS di SK Kampung Pasir pula menempatkan 31 orang daripada sembilan keluarga.

Disiarkan pada: November 23, 2020 @ 9:47pm
d