mutakhir

15 keluarga dipindahkan akibat banjir

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kubang Pasu: Seramai 62 mangsa dari 15 keluarga di empat kampung Mukim Malau dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda kawasan itu, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu Leftenan (PA) Norazian Shamsudin berkata, antara kampung terbabit termasuklah di Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Kiong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di Mukim Malau.

Beliau berkata, kesemua mereka dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Malau pada jam 8 malam tadi.

"Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air di kawasan rendah di situ mula naik jam 7.30 malam.

"Kesemua 15 keluarga itu dipindahkan sementara sehingga air surut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 9:37am
d