mutakhir

Pemandu ambulans meninggal lepas hantar pesakit Covid-19

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

"Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain," menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Tular di media sosial sejak semalam mengena pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0vid-19 ke sebuah hospital di Perak.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.

Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 3:11pm
d