mutakhir

1 PPS di Perak tutup, 3 lagi masih beroperasi

Oleh BERNAMA

Bagan Serai: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di sini, yang menempatkan 168 orang daripada 69 keluarga sejak Jumaat lalu, ditutup 6 petang ini selepas banjir pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, semua mangsa banjir di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Sebuah lagi PPS di SK Changkat Lobak yang menempatkan 87 orang masih dibuka berikutan air banjir yang bertakung dan belum surut terutamanya di Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak," katanya ketika ditemui di PPS SK Parit Haji Aman di sini hari ini.

Selain Kerian, terdapat dua PPS masih beroperasi iaitu di SK Kayan dalam daerah Manjung yang menempatkan seramai 30 mangsa, manakala di Hilir Perak dengan 92 orang lagi berlindung di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 8:04pm
d