mutakhir

Maut terbabas langgar pembahagi jalan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Lelaki warga Myanmar ditemui maut di dalam longkang selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Batu Caves ke Kepong, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku jam 11.40 malam apabila mangsa, Ibrahim Islam, 31, yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Batu Caves menghala ke Kepong.

"Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa yang juga tukang masak hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan antara laluan menghala ke Kepong dan Jalan Kuching sebelum dia tercampak ke dalam longkang.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan dari Hospital Selayang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, jalan di lokasi basah kerana selepas hujan dan keadaan trafik bergerak lancar.

"Bentuk jalan di lokasi sedikit selekoh. Kawasan kejadian juga adalah gelap kerana lampu jalan tidak berfungsi," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. LELAKI warga Myanmar ditemui maut di dalam longkang selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Batu Caves ke Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

From: No'Rule

Disiarkan pada: November 27, 2020 @ 12:11pm
d