mutakhir

Premis perniagaan dikompaun sebanyak RM118,650 [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengeluarkan kompaun sebanyak RM118,650 terhadap premis perniagaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu sehingga semalam.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, ia hasil pemeriksaan dilakukan terhadap 49,363 premis tetap dan terbuka bagi tempoh berkenaan.

"Kita rekod 321 kes dalam kategori pelbagai akta dan terdapat 440 notis dikeluarkan mengikut Notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dalam tempoh berkenaan," katanya kepada sidang media selepas menyertai pemeriksaan di beberapa premis perniagaan sekitar Jalan Bijih Timah di sini, hari ini.

Saifullizan berkata, antara kesalahan yang paling banyak dilakukan pemilik premis adalah berkaitan dengan harga.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pihaknya mendapati bekalan barangan keperluan asas dalam tempoh musim banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) adalah mencukupi.

Disiarkan pada: November 27, 2020 @ 1:33pm
d